Thursday 29 December 2011

Siri terbaru - novel remaja

Sejak blog ni diwujudkan, hanya ada satu entry perkenalan saja yang ditulis. Lepas tu blog ni sunyi sepi. Mungkin juga saya malas dan mungkin juga terlalu sibuk. Tapi sebenarnya, jawapan yang paling tepat ialah saya lebih tumpukan perhatian pada blog berbahasa Inggeris saya. Jangan tanya fasal blog tu ya.

Sejak bekerja ni, saya selalu membuka blog orang lain untuk mencari maklumat. Sebelum ni saya menulis siri mengenai haiwan, alam sekitar, dan juga Do it Yourself. Pekerjaan kita adalah sesuatu yang kita minat, tentu seronok, bukan? Tapi selalunya saya memang langgar due date yang ditetapkan. Sebab kerani tak faham betapa tertekannya penulis. Bukan mudah untuk mendapatkan maklumat dan idea. Tambahan pula, buku yang saya tulis memerlukan sekurang-kurangnya 20 000 patah perkataan sebuah. Mana nak cari maklumat dalam tempoh yang singkat? Apa lagi, toutologilah.

Maafkan saya wahai doktor penyelia.

Sekarang ni saya sedang tulis siri novel remaja lapan tajuk. Novel ni perlu 25 000 patah perkataan sebuah. Sebulan perlu siapkan 4 buah buku. Haha. Nak menangis ke nak ketawa guling-guling? Semua orang tahu, benda kreatif ni perlukan masa untuk diterjemahkan. Bukan mudah mendapat idea. Kalau ada idea, sedaplah menulis sampai tak mahu keluar makan tengah hari. Paling banyak saya mampu tulis pun adalah 20 muka surat sehari. Selalu kalau tak ada idea, satu halaman pun merangkak nak taip.

Memandangkan kerja saya ini tidak dibayar, saya sebenarnya enggan menulis novel. Sebagai pekerja in house, syarikat takkan bayar harga buku atau royalti. Mereka hanya beri kita gaji bulanan yang seciput. Habis, idea saya menulis novel tu hangus macam itu sahajalah?

Sebab tu saya fikir, mengapa saya perlu menyedekahkan lapan buah idea untuk orang yang tidak menghargainya? Maka saya pilih untuk menulis lapan tajuk dengan cerita yang sama. Cerita ini bersiri, macam Siri Hadi, Siri Salma...apa lagi? Itu saja yang saya ingat.

Jadi saya pilih menulis cerita tentang budak sekolah berasrama, bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Lima tingkatan bermaksud lima buku. Lagi tiga buah buku tu saya buat interlude.

Walaupun saya tak pernah duduk di asrama, saya rasa bersemangat sangat nak tulis tema ni. Jadi saya banyak buka blog untuk mengetahui mengenai kehidupan pelajar asrama. Dan yang menarik perhatian saya tentulah kisah-kisah hantu asrama.

Menarik bukan?

Hantu asrama sudah tidak asing lagi bagi penghuni-penghuni asrama di seluruh Malaysia. Dari pemerhatian, saya nampak cerita hantu asrama ni sangat legend  Semua asrama [atau kebanyakan] mempunyai cerita hantu legend yang sama. Tak lengkaplah asrama tu kalau tak ada cerita lagenda ni. Cuba google cerita legend hantu asrama, mesti banyak senarai yang keluar. Blog yang berbeza, tetapi ceritanya sama. Itulah yang legend.

Sekarang ni dah terlalu banyak cerita hantu di pasaran. Filem, buku, drama, sampai nak termuntah mendengarnya. Tetapi asrama tidak lengkap kalau tak ada cerita hantu. Jadi mahu tak mahu saya nak juga selitkan cerita hantu lagenda ni dalam siri novel asrama saya.

Tapi yang pasti, cerita hantu saya tak ada bunuh-bunuh orang macam dalam layar tu. [Bak kata Detektif Conan Edogawa, hantu mana boleh bunuh orang.] Apatah lagi cerita ni berlaku di asrama. Kalau lagenda hantu ni bunuh pelajar asrama, mestilah dah kecoh satu Malaysia. Ibu bapa pun takkan hantar anak mereka ke sekolah berasrama lagi. Budak-budak pun takkan sanggup belajar di sekolah jauh yang perlu tinggal di asrama.

Macam yang saya kata tadi, lagenda hantu asrama ni sama. Jadi saya pilih beberapa lagenda saja yang boleh dimasukkan ke dalam siri novel remaja ni. Pilihan-pilihan itu akan saya postkan dalam entry yang seterusnya. Itupun kalau saya ingat dan tak terlepas masa.

Bila saya jumpa lagenda-lagenda hantu asrama ni, saya jadi jahat dengan menakutkan sepupu yang anehnya seorang penakut. Hoho. Dia baru lepas PMR dan baru ambil peperiksaan kemasukan MRSM. Kebetulan sehari sebelum peperiksaan itu, kami berkunjung ke rumahnya. Saya tak tahu kenapa saya boleh buka cerita tu. Sehari sebelum keputusan PMR keluar baru-baru ini pun, kami sekali lagi berjumpa dalam pertemuan keluarga. Saya sekali lagi membuka cerita yang sama. Hoho. Ibu dia yang merupakan seorang guru pun hanya tersenyum saja.

Hoho. Seronok juga buat cerita hantu ni. Patutlah ramai penggiat seni suka buat cerita hantu. Selain daripada merupakan jalan mudah buat duit kerana menarik perhatian penggemar, ia juga sangat seronok untuk diceritakan. Percayalah.

Itulah yang saya tulis masa saya dapat 20 halaman novel dalam masa satu hari. Seronok!

1 comment: