Wednesday 3 August 2011

Bermulanya di Sini

Ketika banyak orang sudah lama berblog dan berkongsi maklumat serta ilmiah, saya baru nak mula menulis blog. Ini adalah blog kedua saya. Blog pertama di bawah kendalian livejournal dengan nada-haifaa.livejournal.com. Konon blog livejournal tu dibuat untuk menyimpan data-data assignment sepanjang menuntut di ASWARA. Tetapi sehinggalah sudah lapan bulan meninggalkan ASWARA, dan dah dekat nak konvo, hari ini, blog livejournal tersebut sepi dengan hanya dua ke tiga entry sahaja.

Saya tidak pasti sama ada tepat atau tidak tindakan saya itu untuk menyimpan assignment di livejournal. Kerana yang utamanya saya bimbang jika laptop kesayangan saya demam dan menghilangkan segala data yang tersimpan di dalamnya. Tetapi jika disimpan di dalam livejournal, bimbang pula digodam dan dicuri. Maklumlah, assignment yang dibuat berbentuk kreatif yang memerlukan idea dan imaginasi yang tinggi. Jika dicuri dan diciplak, menangis tak berlagu pun tiada siapa dapat tolong. Siapa suruh gatal tangan post entry kreatif di blog? Meskipun entry livejournal saya privatekan, dengan zaman teknologi yang banyak dengan penggodam internet ini tidak boleh dipercayai.

Maka, lahirlah blog baru di bawah kendalian blogspot. Saya sendiri tak pasti untuk apa blog ini direka. Hurm...

Sejak bekerja sekarang ini, saya banyak memerlukan bantuan blog dan bloggers untuk mencari maklumat dan bahan ilmiah. Tapi yang sangat menyakitkan hati, blog ilmiah yang saya temui kebanyakannya berbahasa Indonesia. Blog berbahasa Melayu semuanya copy and paste saja. Dalam lima blog yang saya masuk, kelima-limanya berentry yang sama dengan tidak ada sebarang editing perkataan langsung. Dengan tajuk yang sama, gambar yang sama, keterangan yang sama.

Kerana perasaan geram dan sakit hati itulah, saya fikir eloklah saya buat blog sendiri, postkan apa-apa maklumat yang berguna yang tidak perlu bantuan dr.google untuk menterjemah dari BI [bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia]. Hahaha.

Yeay! Saya sudah ada blog baru. Tapi tak tahulah sama ada blog ini akan aktif seaktif blog livejournal saya. Oh, saya ada lagi satu blog livejournal berbahasa Inggeris yang saya gunakan untuk tujuan minat dan hobi. Blog tu menggunakan nama pena yang bukan nada haifaa. Namanya...blink.blink.blink. Maaf, tidak boleh diberitahu. ^___^.

Sehingga ke hari ini, blog itu adalah nadi dan jiwa saya. Jika terlepas nama pena itu kepada sesiapa, saya tak fikir saya boleh meneruskan dengan minat itu lagi. Sama ada blog itu akan ditutup atau saya menukar nama lain.

Walau apapun, selamat berkenalan dan moga-moga dapatlah saya kongsikan maklumat yang berguna di dalam blog ini. Maafkan saya jika terlalu skema dan didaktik di sini. Saya hanya insan biasa yang baru belajar memegang pena. Apabila pena berbisik, tangan sudah menjadi orang lain.

^___^

2 comments:

  1. tahniah...penulis kanak2 datang follow, komen dan melawat blog kamu...

    ;D

    ReplyDelete
  2. hahaha. baru nak belajar.
    mintak tolong abang asrul ajarkan, ya. hahaha

    ReplyDelete