Sunday 3 March 2013

Ejaan yang Betul [DEFG]


Ejaan Salah dan Betul, bahagian DEFG.

Salah
Betul

Bahagian D
Dahulu kala
Dahulukala
Definasi
Definisi
drum
Dram

Bahagian E
Efisyen
Efisien
Emel
E-mel
Fadhilat
Fadilat
Fax
Faks
Fardhu
Fardu
Pasal
Fasal
fi-il
Fiil

Bahagian G
Gambarajah
Gambar rajah
Gantirugi
Ganti rugi
Garfu
Garpu
Garuda
Geroda
Guris
Gores
Kurita
Gurita



Thursday 28 February 2013

Ejaan yang Betul [ABC]


Ejaan ialah kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf. Kesilapan ejaan dalam satu-satu perkataan berlaku disebabkan oleh kurangnya pengetahuan oleh seseorang pengguna itu sendiri. Malah, kesilapan ini sudah menjadi satu kebiasaan apabila perkataan itu sering dieja sebegitu sehinggakan pengguna yakin ejaan tersebut adalah betul. Tambahan pula, dengan kemajuan teknologi dan kepesatan laman sosial, perkataan-perkataan bahasa Melayu sengaja dieja salah seolah-olah menjadi satu trend terkini terutamanya dalam kalangan remaja. Kesilapan ini harus diperbetulkan sebelum ia merebak lebih luas dan merosakkan sistem ejaan yang betul. Selain itu, kesilapan dalam penggunaan kata majmuk juga sering terjadi apabila sesuatu perkataan yang seharusnya dijarakkan menjadi dua perkataan dirapatkan menjadi satu perkataan sahaja. Hanya ada beberapa perkataan kata majmuk sahaja yang sudah mantap dieja sebagai satu perkataan.


Salah
Betul
Bahagian A
Ada kala
Adakala
Agong
Agung
Aidiladha
Aidil Adha
Aidilfitri
Aidil Fitri
Analisis
Analisa
Asal-usul
Asal usul
Atlit
Atlet
Aturcara
Atur cara

Bahagian B
Balairong
Balairung
Bandaraya
Bandar raya
Barang kali
Barangkali
Baucer
Baucar
Berbagai
Berbagai-bagai
Merbahaya
Berbahaya
Biadap
Biadab

Bahagian C
Cak lempong
Caklempong
Campur-aduk
Campur aduk
Campur-baur
Campur baur
Cop
Cap
Catit
Catat
Celupar
Celopar
Cincang
Cencang
Cepu emas
Cepumas
Cipanzi
Cimpanzi
Citarasa
Cita rasa


Blogging

Dah lama tak tulis blog. Blog ni seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Saya bukan seorang penulis blog yang rajin dan suka berkongsi semuanya. Sebab tu blog ni dah tenggelam dan hampir nak mati. Niat asal mewujudkan blog ni adalah untuk berkongsi pengetahuan yang saya tahu hasil daripada bekerja dalam bidang penulisan dan penerbitan. Sayang rasanya kalau hasil tulisan tu terbiar macam tu saja sedangkan ilmu itu harus dikongsi bersama.

Saturday 31 December 2011

Selamat Tinggal Kenangan 2011

2012 bakal menjelang sedikit masa lagi. Seperti tahun-tahun sudah, saya tidak menyambut ambang tahun baru. Azam tetap dipasang tetapi sehingga habis tahun, tidak satu pun yang tertunai. Hehe...

2011 bagi saya adalah tahun yang penuh cabaran. Pada awal tahun lagi, nenda tercinta telah pergi menghadap Ilahi. Arwahlah satu-satunya nenek yang saya masih ada. Pemergiannya benar-benar merentap jiwa saya. Walaupun saya tidak begitu rapat dengan nenek [yang kami panggil mak atok ] ia tetap satu kehilangan yang sangat besar. Sehingga sekarang, saya beranggapan bahawa arwah masih ada.

Pemandangan dari depan ofis di Serdang.

2011 tahun saya meninggalkan ASWARA. Saya menjadi penanam anggur yang berjaya selama lima bulan. Kemudian saya mendapat pekerjaan di bidang yang saya sangat minati, penulisan. Tetapi pekerjaan ini tidaklah seindah yang diharapkan. Saya bekerja hanya untuk mencari keuntungan untuk pihak lain, dan bukannya menyampaikan ilmu kepada pembaca seperti yang sepatutnya. Huhu...




2011 juga tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif kepada idola yang saya sayangi, Jaejoong. Walaupun mahkamah telah mengarahkan supaya pihak media elektronik tidak menyekat kerjaya mereka, ia tidak memberi sebarang kesan pun. Media seperti lebih takut akan presiden yang satu itu daripada mahkamah mereka sendiri. Diharap 2012 memberi sinar baharu kepada Jaejoong dan JYJ, dan juga DBSK HoMin.

Hujan di waktu petang, jalan sesak. Saya berani mengambil gambar pelangi dari dalam kereta.

2011, saya berkenalan dengan baby Saga FL berwarna silver. Tetapi hanya sebulan selepas Raya Aidilfitri, barulah saya memandunya pergi dan balik kerja. Sebagai perempuan, mungkin saya kurang pandai menjaga kereta. Buktinya banyak barang yang bersepah di dalam kereta; payung, lock stereng, bungkusan air 3 dalam 1, kasut [tetapi hanya sepasang, itupun untuk memandu.], bantal leher yang langsung tidak digunakan, bantal bulat yang selalu jatuh ke tempat letak kaki, dan kotak tisu. Pada akhir tahun, kereta saya curang dengan sebuah kereta Honda lama berwarna merah. Terlukislah calar panjang di sebelah kiri.

2011, saya menjadi pengunjung tetap kepada tiga buah blog komik tempatan. Lukisan mereka sangat comel dan lebih Malaysia. Saya pencinta komik, tidak dapat dinafikan. Komik yang saya kumpul ialah Doraemon, Shin Chan, serta Detektif Conan. Majalah komik pula ialah Arena [sehingga tahun 2009]. Bila membaca komik pelukis Malaysia, terasa kita sangat dekat dengan identiti.




2011 yang terakhir, saya sempat melawat pusat urut Thai, Arokaya di Aeon AU2. Sejak dari zaman PeTA lagi, saya kepingin untuk berurut untuk melegakan badan yang sakit. Apabila bekerja, badan rasa ditarik apabila mengejar due date. Saya tak berani pergi berurut kerana takutkan harganya yang mungkin tidak mampu untuk dibayar. Dah lama saya perhatikan Arokaya [itupun saya dapat tahu dari blog seseorang meskipun Aeon AU2 sangat dekat dengan rumah]. Atas sebab-sebab tertentu, saya tidak berani untuk singgah ke sana. Hari ini, saya asalnya mahu menggunting rambut di kedai sebelah. Tetapi kedai itu terlalu ramai pelanggan dan lelaki. Jadi saya mengikut emak saja masuk Arokaya. Murah, dan sangat melegakan. Tetapi emak kata urut Jawa atau urut Bali lebih berkesan. Insya-Allah, kami mahu cuba satu hari nanti.

2011 hampir melabuhkan tirai. Apabila datangnya tahun baharu, kita pasti bertanya apakah azam kita untuk tahun ini. Hoho. Seperti yang saya katakan di facebook Next day, next week, next month, next year. Happy 2012 everyone. Azam tahun baru nak jadi lebih tegas supaya tak selalu kena buli. Tinggalkan kenangan sedih 2011 dan sambut 2012 dengan penuh harapan...

Diharap 2012 ini memberi sinar kebahagiaan kepada saya dan semua umat manusia di Malaysia. Diharap Jaejoong dan JYJ, serta DBSK HoMin mendapat kejayaan dan kegemilangan yang layak mereka terima. Diharap mereka bersatu semula, dan kemudian dapatlah saya berkahwin dengan Jaejoong. Hoho.

Selamat Tahun Baru...!


Thursday 29 December 2011

Siri terbaru - novel remaja

Sejak blog ni diwujudkan, hanya ada satu entry perkenalan saja yang ditulis. Lepas tu blog ni sunyi sepi. Mungkin juga saya malas dan mungkin juga terlalu sibuk. Tapi sebenarnya, jawapan yang paling tepat ialah saya lebih tumpukan perhatian pada blog berbahasa Inggeris saya. Jangan tanya fasal blog tu ya.

Sejak bekerja ni, saya selalu membuka blog orang lain untuk mencari maklumat. Sebelum ni saya menulis siri mengenai haiwan, alam sekitar, dan juga Do it Yourself. Pekerjaan kita adalah sesuatu yang kita minat, tentu seronok, bukan? Tapi selalunya saya memang langgar due date yang ditetapkan. Sebab kerani tak faham betapa tertekannya penulis. Bukan mudah untuk mendapatkan maklumat dan idea. Tambahan pula, buku yang saya tulis memerlukan sekurang-kurangnya 20 000 patah perkataan sebuah. Mana nak cari maklumat dalam tempoh yang singkat? Apa lagi, toutologilah.

Maafkan saya wahai doktor penyelia.

Sekarang ni saya sedang tulis siri novel remaja lapan tajuk. Novel ni perlu 25 000 patah perkataan sebuah. Sebulan perlu siapkan 4 buah buku. Haha. Nak menangis ke nak ketawa guling-guling? Semua orang tahu, benda kreatif ni perlukan masa untuk diterjemahkan. Bukan mudah mendapat idea. Kalau ada idea, sedaplah menulis sampai tak mahu keluar makan tengah hari. Paling banyak saya mampu tulis pun adalah 20 muka surat sehari. Selalu kalau tak ada idea, satu halaman pun merangkak nak taip.

Memandangkan kerja saya ini tidak dibayar, saya sebenarnya enggan menulis novel. Sebagai pekerja in house, syarikat takkan bayar harga buku atau royalti. Mereka hanya beri kita gaji bulanan yang seciput. Habis, idea saya menulis novel tu hangus macam itu sahajalah?

Sebab tu saya fikir, mengapa saya perlu menyedekahkan lapan buah idea untuk orang yang tidak menghargainya? Maka saya pilih untuk menulis lapan tajuk dengan cerita yang sama. Cerita ini bersiri, macam Siri Hadi, Siri Salma...apa lagi? Itu saja yang saya ingat.

Jadi saya pilih menulis cerita tentang budak sekolah berasrama, bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Lima tingkatan bermaksud lima buku. Lagi tiga buah buku tu saya buat interlude.

Walaupun saya tak pernah duduk di asrama, saya rasa bersemangat sangat nak tulis tema ni. Jadi saya banyak buka blog untuk mengetahui mengenai kehidupan pelajar asrama. Dan yang menarik perhatian saya tentulah kisah-kisah hantu asrama.

Menarik bukan?

Hantu asrama sudah tidak asing lagi bagi penghuni-penghuni asrama di seluruh Malaysia. Dari pemerhatian, saya nampak cerita hantu asrama ni sangat legend  Semua asrama [atau kebanyakan] mempunyai cerita hantu legend yang sama. Tak lengkaplah asrama tu kalau tak ada cerita lagenda ni. Cuba google cerita legend hantu asrama, mesti banyak senarai yang keluar. Blog yang berbeza, tetapi ceritanya sama. Itulah yang legend.

Sekarang ni dah terlalu banyak cerita hantu di pasaran. Filem, buku, drama, sampai nak termuntah mendengarnya. Tetapi asrama tidak lengkap kalau tak ada cerita hantu. Jadi mahu tak mahu saya nak juga selitkan cerita hantu lagenda ni dalam siri novel asrama saya.

Tapi yang pasti, cerita hantu saya tak ada bunuh-bunuh orang macam dalam layar tu. [Bak kata Detektif Conan Edogawa, hantu mana boleh bunuh orang.] Apatah lagi cerita ni berlaku di asrama. Kalau lagenda hantu ni bunuh pelajar asrama, mestilah dah kecoh satu Malaysia. Ibu bapa pun takkan hantar anak mereka ke sekolah berasrama lagi. Budak-budak pun takkan sanggup belajar di sekolah jauh yang perlu tinggal di asrama.

Macam yang saya kata tadi, lagenda hantu asrama ni sama. Jadi saya pilih beberapa lagenda saja yang boleh dimasukkan ke dalam siri novel remaja ni. Pilihan-pilihan itu akan saya postkan dalam entry yang seterusnya. Itupun kalau saya ingat dan tak terlepas masa.

Bila saya jumpa lagenda-lagenda hantu asrama ni, saya jadi jahat dengan menakutkan sepupu yang anehnya seorang penakut. Hoho. Dia baru lepas PMR dan baru ambil peperiksaan kemasukan MRSM. Kebetulan sehari sebelum peperiksaan itu, kami berkunjung ke rumahnya. Saya tak tahu kenapa saya boleh buka cerita tu. Sehari sebelum keputusan PMR keluar baru-baru ini pun, kami sekali lagi berjumpa dalam pertemuan keluarga. Saya sekali lagi membuka cerita yang sama. Hoho. Ibu dia yang merupakan seorang guru pun hanya tersenyum saja.

Hoho. Seronok juga buat cerita hantu ni. Patutlah ramai penggiat seni suka buat cerita hantu. Selain daripada merupakan jalan mudah buat duit kerana menarik perhatian penggemar, ia juga sangat seronok untuk diceritakan. Percayalah.

Itulah yang saya tulis masa saya dapat 20 halaman novel dalam masa satu hari. Seronok!

Wednesday 3 August 2011

Bermulanya di Sini

Ketika banyak orang sudah lama berblog dan berkongsi maklumat serta ilmiah, saya baru nak mula menulis blog. Ini adalah blog kedua saya. Blog pertama di bawah kendalian livejournal dengan nada-haifaa.livejournal.com. Konon blog livejournal tu dibuat untuk menyimpan data-data assignment sepanjang menuntut di ASWARA. Tetapi sehinggalah sudah lapan bulan meninggalkan ASWARA, dan dah dekat nak konvo, hari ini, blog livejournal tersebut sepi dengan hanya dua ke tiga entry sahaja.

Saya tidak pasti sama ada tepat atau tidak tindakan saya itu untuk menyimpan assignment di livejournal. Kerana yang utamanya saya bimbang jika laptop kesayangan saya demam dan menghilangkan segala data yang tersimpan di dalamnya. Tetapi jika disimpan di dalam livejournal, bimbang pula digodam dan dicuri. Maklumlah, assignment yang dibuat berbentuk kreatif yang memerlukan idea dan imaginasi yang tinggi. Jika dicuri dan diciplak, menangis tak berlagu pun tiada siapa dapat tolong. Siapa suruh gatal tangan post entry kreatif di blog? Meskipun entry livejournal saya privatekan, dengan zaman teknologi yang banyak dengan penggodam internet ini tidak boleh dipercayai.

Maka, lahirlah blog baru di bawah kendalian blogspot. Saya sendiri tak pasti untuk apa blog ini direka. Hurm...

Sejak bekerja sekarang ini, saya banyak memerlukan bantuan blog dan bloggers untuk mencari maklumat dan bahan ilmiah. Tapi yang sangat menyakitkan hati, blog ilmiah yang saya temui kebanyakannya berbahasa Indonesia. Blog berbahasa Melayu semuanya copy and paste saja. Dalam lima blog yang saya masuk, kelima-limanya berentry yang sama dengan tidak ada sebarang editing perkataan langsung. Dengan tajuk yang sama, gambar yang sama, keterangan yang sama.

Kerana perasaan geram dan sakit hati itulah, saya fikir eloklah saya buat blog sendiri, postkan apa-apa maklumat yang berguna yang tidak perlu bantuan dr.google untuk menterjemah dari BI [bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia]. Hahaha.

Yeay! Saya sudah ada blog baru. Tapi tak tahulah sama ada blog ini akan aktif seaktif blog livejournal saya. Oh, saya ada lagi satu blog livejournal berbahasa Inggeris yang saya gunakan untuk tujuan minat dan hobi. Blog tu menggunakan nama pena yang bukan nada haifaa. Namanya...blink.blink.blink. Maaf, tidak boleh diberitahu. ^___^.

Sehingga ke hari ini, blog itu adalah nadi dan jiwa saya. Jika terlepas nama pena itu kepada sesiapa, saya tak fikir saya boleh meneruskan dengan minat itu lagi. Sama ada blog itu akan ditutup atau saya menukar nama lain.

Walau apapun, selamat berkenalan dan moga-moga dapatlah saya kongsikan maklumat yang berguna di dalam blog ini. Maafkan saya jika terlalu skema dan didaktik di sini. Saya hanya insan biasa yang baru belajar memegang pena. Apabila pena berbisik, tangan sudah menjadi orang lain.

^___^